Safiey Illias Mahu Saman Pengguna Twitter RM4 Juta, Selepas Wajah Didakwa Mirip Dengan Individu Lain

30 Mar 2023 • 4:44 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
Safiey ilias saman netizen RM4 juta

Usahawan sensasi, Safiey Illias mendedahkan bakal mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman seorang individu sebanyak RM4 juta disebabkan hantaran yang dimuat naik di Twitter.

Perkara itu dimaklumkan oleh usahawan terbabit menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya.

Menerusi muat naik sama dia turut berkongsi tangkap layar ciapan yang dilakukan oleh individu berkenaan selain turut mendedahkan akaun Instagram miliknya.

Saman & laporan polis serta SKMM akan dibuat atas Akta Hasutan

Jelas Safiey yang kini dikenali sebagai Nurwanita, saman dan laporan polis akan dibuat mengikut Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana telah menerbitkan sesuatu yang jelik di media sosial.

“Saya nak saman individu ini dan nak buat laporan polis Akta Hasutan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dan juga akta menerbitkan sesuatu yang jelik di media sosial. RM 4 juta. Tunggu ya,” tulisnya di kapsyen.

Ketika ditanya oleh netizen mengapakah mahu dia menyaman individu terbabit, Safiey menjawab ia adalah sebagai pengajaran.

image is not available

Tular di Twitter individu didakwa mirip seperti Safiey Ilias

Sebelum ini, tular di Twitter satu ciapan berbentuk video yang dimuat naik oleh seorang wanita mendakwa terdapat seorang individu mempunyai wajah yang mirip seperti usahawan tersebut.

“Safiey Illias 2.0.”

image is not available

Dalam hantaran itu kelihatan individu tersebut seperti berada di pusat perubatan kerana memakai alat penutup kepala seperti yang sering dipakai oleh pengamal perubatan dan pesakit.

Namun individu itu bukanlah usahawan tersebut sebaliknya ia dipercayai seorang individu dari negara jiran iaitu Thailand.

Melihat di ruangan komen, hantaran itu turut mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen dan ada juga yang meminta agar usahawan tersebut memaafkan sahaja individu berkenaan.

“Bila cakap muka macam Che Ta tak ada pun nak saman orang tu”

image is not available

“Maafkan jelah, masing-masing ada khilaf”

image is not available

“Tak semua orang kita boleh bergurau, lagi-lagi bulan puasa ni. Sabar ya Safiey dugaan”

image is not available

“Nak bayar pakai apa lah dia tu, kalau anak datuk tak apa lah”

image is not available