Sah cerai talak satu! Afiq Muiz tarik balik kes nusyuz terhadap isteri

18 Jul 2023 • 5:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Setelah sekian lama bersengketa dan rumah tangga dalam krisis, akhirnya pelakon Afiq Muiz dan isteri, Nur Aaira Mahadeya atau dikenali Pachara sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Ampang, hari ini.

Sah cerai, gugur hak

Memetik laporan BH Online, peguam syarie mewakili Afiq iaitu Mohd Yazit Sa’at memaklumkan, anak guamnya membuat lafaz cerai terhadap Pachara di hadapan hakim, Afif Sofiuddin Syeikh Abd Ghani.

image is not available

Keputusan tersebut dibuat selepas masing-masing bersetuju untuk menyelesaikan persengketaan yang berlaku di antara mereka sebelum ini secara baik.

Pachara juga menyatakan setuju untuk menggugurkan haknya sebelum aktor berusia 31 tahun itu melafazkan talak.

“Ada beberapa perkara dipersetujui, antaranya pihak Pachara bersetuju untuk menggugurkan semua haknya seperti nafkah edah, mutaah, tunggakan nafkah isteri dan hutang dalam perkahwinan.
“Jadi, Pachara tidak akan membuat sebarang tuntutan selepas perceraian ini,”maklum peguam.

image is not available

Setuju tarik semula kes nusyuz

Malah, Afiq juga bersetuju untuk menarik semula kes nusyuz yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Sepang tempoh hari terhadap isterinya.

Afiq dan pasangan juga tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan atau dakwaan dalam media sosial mengenai isu terbabit selepas berbincang dengan kedua-dua belah pihak peguam.

“Perbincangan pada awalnya hanya dilakukan antara peguam secara bersurat. Kali terakhir perbincangan dilakukan pagi tadi iaitu sebelum memasuki dewan bicara.
“Jadi, akhirnya perkara ini dapat diputuskan. Kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau dakwaan dalam media sosial selepas perceraian,” katanya lagi.

image is not available

Sebelum ini, Pachara membuat permohonan tuntutan cerai secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya Subang Bestari, Petaling Jaya pada Oktober tahun lalu.

Bukan itu sahaja, Pachara juga membuat laporan polis pada 14 Mei 2021 atas dakwaan ditampar pada bahagian muka sebanyak lima kali oleh Afiq, selain menendang perut dan menumbuk bahagian dagunya sebanyak dua kali.

image is not available

Afiq juga membuat laporan polis berhubung dakwaan isterinya dan menganggap ia adalah fitnah serta menyerahkan segalanya kepada peguam untuk tindakan selanjutnya.

image is not available

Sekadar info, Afiq mendirikan rumah tangga dengan Pachara pada 27 Mac 2019 selepas setahun berkenalan di lokasi penggambaran drama Air Mata Syurga.

image is not available

Sumber: BH Online (Affan Rostam)