Sah cuti bersalin 98 hari, kerja 45 jam seminggu mulai Januari 2023, 20 info perlu tahu

22 Dec 2022 • 9:13 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

CUTI bersalin 98 hari dan bekerja 45 jam seminggu adalah antara perkara yang menjadi perhatian tentang Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022.

Ia yang sepatutnya dikuatkuasa pada 1 September 2022 tetapi ditangguhkan atas faktor tertentu dan permintaan pihak industri dengan alasan memerlukan sedikit masa kerana pada masa itu masih dalam keadaan pemulihan ekonomi.

Berita baik buat semua yang bergelar pekerja di sektor swasta, implementasi pindaan Akta Kerja (1955) itu menjadi kenyataan dan bakal dilaksanakan pada 1 Januari 2023.

image is not available
Kredit foto: Freepik

Berikut info anda perlu tahu:

1-Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata demikian penguatkuasaan pindaan Akta Kerja (1955) perlu dilaksanakan.

2-“Saya rasa kita harus meneruskan perkara ini kerana undang-undang telah pun diluluskan di Parlimen dan kebanyakan pindaan adalah berdasarkan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO),” kata Sivakumar.

3-Pada 26 Ogos, Menteri Sumber Manusia ketika itu iaitu Datuk Seri M. Saravanan mengumumkan penangguhan penguatkuasaan pindaan Akta Kerja 1955 kepada 1 Januari 2023 iaitu tiga bulan daripada tarikh yang dijadualkan pada 1 September 2022.

4-Akta berkenaan meliputi semua pekerja sektor swasta di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

5-Ia dipinda bertujuan bagi meningkatkan dan menambahbaik perlindungan dan kebajikan pekerja di negara ini.

6-Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 itu juga bagi memastikan peruntukan undang-undang perburuhan di negara ini selaras dengan standard antarabangsa.

7-Semua pekerja sektor swasta yang memasuki kontrak perkhidmatan wajar dilindungi dan beroleh manfaat yang diperuntukkan di bawah akta itu.

image is not available
Kredit foto: Freepik

Pindaan utama akta ini adalah termasuk:

1. Waktu bekerja daripada 48 kepada 45 jam seminggu.

2. Cuti bersalin dipanjangkan daripada 60 hari kepada 98 hari.

3. Cuti sakit dan hospitalisasi yang lebih baik.

4. Cuti paterniti daripada tiga hari kepada tujuh hari.

5. Pembayaran upah melalui bank/ cek dan tunai.

6. Pengiraan gaji tidak lengkap bulan.

7. Aturan kerja fleksibel.

image is not available
Kredit foto: Pexels

8. Kelulusan Ketua Pengarah dalam penggajian pekerja asing.

9. Larangan diskriminasi dalam pekerjaan.

10. Larangan buruh paksa.

11. Kontraktor untuk buruh mesti mengadakan kontrak dengan prinsipal.

12. Anggapan pekerja dan majikan.

13. Kuasa tambahan Mahkamah Majistret dan pelanjutan tempoh rayuan.

14. Tempoh perantisan minimum enam bulan dan maksimum 24 bulan.

15. Notis kesedaran gangguan seksual.

Sumber: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia

Kredit foto utama: Pexels 1, 2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi