Sah! Dengan Sekali Lafaz, Safawi Rasid Dan Syifa Melvin Selamat Bergelar Suami Isteri

28 Nov 2022 • 9:41 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pemain bintang kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim FC (JDT), Safawi Rasid selamat diijab kabulkan dengan wanita pilihannya, Syifa Melvin yang juga merupakan adik kepada pelakon, Syatilla Melvin.

Menerusi live di YouTube The Melvins, kedua-dua mempelai itu selamat dinikahkan dan sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz.

Menerusi live tersebut juga, dapat dilihat kedua-dua pasangan itu sama segak dan sama padan ketika memperagakan pakaian berwarna coklat muda.

image is not available

Difahamkan juga, majlis pernikahan itu diadakan di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya.

image is not available

Kami di team Oh! Media mengucapkan selamat pengantin baru buat Safawi dan Syifa dan tahniah atas pernikahan ini.

Kredit: YouTube The Melvins

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media