SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

LocalCars
10 Feb 2026 • 10:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Hyundai Motor Malaysia (HMY) membuat pengumuman mengejutkan sempena  majlis makan malam media Tahun Baharu Cina  malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N  akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

image is not availableimage is not available

Pada majlis itu, HYM turut menayangkan kedua-dua model berkenaan  pada media dimana kedua-dua model berkenaan dijangka tiba di pasaran tempatan menjelang suku kedua  tahun ini.

Mengimbas kembali,  pengedar terdahulu Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) pernah  menunjukkan Ioniq 5 N dalam beberapa bulan sebelum penubuhan HMY dan pengambilalihan rasmi usaha pengedaran jenama Hyundai di Malaysia.

Walaupun Ioniq 5 N tidak dilancarkan secara rasmi oleh HSDM, beberapa unit telah dibawa masuk dan dijual kepada pembeli peringkat atasan.

image is not available

Berasaskan crossover EV Ioniq 5 yang mendapat pujian, versi N yang lebih berkuasa ini menampilkan tetapan dwi-motor yang dipacu oleh pek bateri LFP 84 kWh, dimana ia mampu menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak  650 PS dan 770 Nm. Kesemua kuasanya disalurkan ke keempat-empat roda (AWD), lengkap dengan penukaran gear simulasi.

image is not availableimage is not available

Untuk itu, ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 3.4 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum terhad 260 km/j. Sudah tentu, prestasi tinggi ini menjejaskan jarak pemanduan, namun jarak maksimum berpenarafan WLTP sebanyak 448 km masih boleh dianggap memuaskan.

image is not availableimage is not available

Sementara itu, Ioniq 6 N pula lebih aerodinamik dan berbentuk sedan empat pintu berkongsi bateri namun menggunakan tetapan motor yang sama. Model ini mampu memecut dari  0-100 km/j yang sedikit lebih pantas iaitu 3.2 saat, selain jarak maksimum WLTP yang lebih panjang, iaitu 487 km.

Kedua-duanya turut tampil dengan rupa yang lebih garang menerusi penambahan seperti arca roda yang dilebarkan, rim aloi yang lebih besar dan bergaya, kit aerodinamik penuh, dan banyak lagi. Yang penting, kedua-duanya juga mendapat talaan khas pada casis, brek serta bantuan pemandu bagi meningkatkan kelincahan.

image is not availableimage is not available

Malangnya, harga masih belum didedahkan  namun pihak atasan HMY memberi jaminan bahawa maklumat penuh akan diumumkan pada masa yang sesuai.