Sah Jadi Suami, Hidup Aiman Tino Lengkap Setelah Che Syarah Menjadi Suri Hatinya

27 Apr 2023 • 8:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Aiman sah bergelar suami dengan hanya sekali lafaz. - Gambar oleh Dwan Zindagi

Dengan hanya sekali lafaz, penyanyi muda, Aiman Tino  sah bergelar suami kepada  gadis pilihannya, Che Syarah Haifa dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Shah Alam, petang tadi.

Penyanyi lagu ‘Ku Rela Dibenci’ ini dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Azri Ahmad Kamil Al Hafis berwakilkan abang Che Syarah iaitu Che Fariz Che Isa.

Pasangan yang sama cantik sama padan mengenakan busana pengantin rona putih sedondon ini mendapat tajaan perkahwinan daripada Magica Events di Star Avenue Lifestyle Mall di Shah Alam.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Dwan Inzaghi (@dwaninzaghi)

Che Syariah, 24, menerima mas kahwin sebanyak RM5,00 berserta seutas gelang rantai emas. Kedua-dua pengantin ini tidak berbalas dulang hantaran.

Upacara majlis pernikahan diadakan bersama majlis pertunangan ini hanya dihadiri oleh keluarga rapat kedua-dia pihak pengantin.

Majlis resepsi perkahwinan pasangan pengantin muda ini akan diadakan pada 6 Mei nanti. - Getaran, 27 April 2023