SAH: Jetour Dashing 2025 Bakal Dilancar April Ini

LocalCars
17 Mar 2025 • 3:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selepas setahun membuat penampilan pertamanya di Malaysia, Jetour Dashing kini sudah bersedia untuk membuat penampilan pertamanya pada April tahun ini.

Perkara ini disahkan oleh Jetour Auto Malaysia menerusi halaman rasmi Facebooknya.

Bagi yang tidak biasa dengan jenama Jetour, pengeluar kereta dari China ini merupakan sebahagian daripada Chery Holding Group. Namun, ia beroperasi secara berasingan daripada sub-jenama Chery lain di Malaysia, yang berada di bawah naungan Chery International.

image is not availableimage is not available

Melihat rekaannya, ia menampilkan reka bentuk yang cukup tajam dan hadir dalam gaya badan SUV sporty ala coupe.

Dari segi dimensi, Dashing agak setanding dengan SUV segmen-C lain di pasaran kita dimana ukuran panjangnya adalah 4,590 mm, lebar 1,900 mm, tinggi 1,685 mm, dan jarak roda 2,720 mm.

Menjengah bahagian kabinnya, Jetour Dashing hadir secara eksklusif dalam konfigurasi dua baris dengan lima tempat duduk.

image is not availableimage is not available

Bahagian tempat duduknya dibaluti dengan material kulit, , tempat duduk bahagian pemandu boleh dilaraskan secara automatik, ada pad pengecasan tanpa wayar 50-watt, serta skrin berkembar 10.25 inci yang menempatkan kluster instrumen digital dan sistem infotainmen yang menyokong Android Auto serta Apple CarPlay.

Bagi pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) seperti Malaysia, Dashing hanya ditawarkan dalam versi enjin pembakaran dalaman (ICE).

Buat masa ini, tiada tarikh terperinci atau harga tentatif diumumkan oleh pembuat kereta itu, tetapi butirannya akan didedahkan selewat-lewatnya pada April 2025.

Ia yang disumbat dengan enjin petrol turbo 1.5 silinder dapat menghamburkan kuasa setakat 156 hp dan tork 230 Nm. Enjinnya dipadankan dengan transmisi automatik DCT 6-kelajuan yang menyalurkan kuasa ke roda hadapan (FWD).

image is not available

Seperti mana yang didedahkan sebelum ini, Jetour Dashing baharu akan dipasang secara tempatan (CKD) di Malaysia.

Pembuat kereta itu ada menyuarakan hasratnya untuk membuka 20 cawangan di seluruh negara, dimana 10 daripadanya, terdiri daripada pusat 3S dan 4S, yang akan dibuka pada suku pertama tahun ini.