Sah! Mat Kilau Akan Ditayangkan Di Netflix Pada Hari Malaysia!

Entertainment
25 Aug 2022 • 4:35 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Selepas berjaya memecah rekod filem paling laris di Malaysia, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof yang mendapat kutipan mencecah RM90 juta dalam tempoh dua bulan ditayangkan di panggung wayang akan terus mendominasi ke platform penstriman pula.

Netflix bakal tayangkan filem Mat Kilau mulai 16 September. Perkara itu dimaklumkan oleh Netflix menerusi channel YouTube Netflix Asia.

Berita ini ternyata membuat rakyat Malaysia teruja dan dijangka bakal menjadi filem pertama yang patut ditonton di Netflix pada bulan September nanti. Jatuh pulak pada Hari Malaysia, memang cun sangat timing! Dapat memupuk rasa cintakan negara sambil mengenang jasa mereka yang pertahankan negara dahulu.