Sah, Sesak Teruk! Sebab Tiada Larangan Untuk Kenderaan Berat Guna Lebuhraya Sempena Deepavali

LocalPolitics
29 Oct 2024 • 4:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Tiada larangan kenderaan berat menggunakan lebuh raya sempena perayaan Deepavali!

Itu kata Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) Kementerian Kerja Raya (KKR) Datuk Zahrul Hakim Abdullah mengenai larangan kenderaan berat menggunakan jalan raya sempena musim perayaan.

Menurutnya larangan itu ditentukan melalui warta kerajaan dan setakat ini, larangan itu hanya dikenakan untuk Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.

image is not available

"Warta oleh kerajaan maknanya untuk menentukan lebuh raya yang tersebut kita larang kenderaan berat (gunakan untuk tempoh tertentu) memerlukan proses warta atau gazet.

"Jadi untuk Deepavali dan beberapa musim perayaan lain tidak dikenakan larangan kenderaan berat menggunakan lebuh raya. Setakat ini yang dilaksanakan adalah untuk Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri," katanya

Ini bermakna kesesakan di semua lebuh raya pada petang ini dijangka teruk memandangkan kenderaan berat juga akan menggunakan jalan raya pada musim perayaan ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved