Sah Tayang Di Netflix, Musim Kedua ‘Weak Hero Class 1’ Bakal Tampil Dengan Pelakon Baharu

Entertainment
4 Dec 2023 • 12:28 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Akhirnya ada musim terbaru!

Sebelum ini, “Weak Hero Class 1” telah ditayangkan di Wavve dan mereka dilaporkan mempunyai masalah kewangan untuk meneruskan musim kedua bagi K-Drama ini.

Oleh itu, ia akan disiarkan di Netflix pada tahun 2024 sebagai Netflix Original.

Tambahan lagi, Netflix ada berkongsi foto yang menunjukkan pelakon baru yang bakal bergandingan bersama pelakon asal siri terbabit. Antaranya ialah Ryeoun yang akan memegang watak Park Hoo-min, Choi Min-yeong akan memainkan watak Seo Joon-tae, dan Lee Min-jae akan membawa watak Go Hyun-tak.

image is not available

Untuk pengetahuan, pada musim pertama “Weak Hero Class 1” membawa kisah buli yang berlaku di sekolah selepas Yeon Si-eun (Park Ji-hoon) berpindah ke sana.

Pada musim kedua ini, Yeon Si-eun menjadi lebih matang sambil harus bergelut untuk terus hidup dan berdepan dengan keganasan yang lebih hebat kerana dia bertekad untuk tidak kehilangan kawannya lagi.

Tak sabar nak tunggu musim ke-2 keluar!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.