Pemergian Sasterawan Negara, Datuk Seri A. Samad Said bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam kepada dunia kesusasteraan tanah air, malah turut dirasai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar menyifatkan Allahyarham yang mesra disapa Pak Samad sebagai seorang sahabat setia yang sentiasa bersamanya ketika melalui detik sukar dalam kehidupan.

Anwar Ibrahim ketika di penjara…
Mengimbau kembali persahabatan mereka, Anwar berkata Allahyarham tidak pernah lupa untuk mengirimkan hasil karyanya sepanjang beliau berada di Penjara Sungai Buloh.
Kenal dia sahabat setia, saya ingat sepanjang saya di Sungai Buloh (penjara) itu semua karya-karya dia pastikan dikirim kepada saya.

Beliau sempat menziarahi jenazah Allahyarham di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar pada malam Selasa.
A. Samad Said meninggal dunia pada usia 91 tahun
Dalam pada itu, Anwar turut menyifatkan Pak Samad sebagai seorang pencinta seni dan sastera serta pendidik bangsa yang gigih menimba ilmu.
Menurutnya, bukan mudah untuk mencari pengganti yang mempunyai penguasaan ilmu kesusasteraan seperti Allahyarham.
Saya ambil kesempatan ucap takziah pada isteri dan juga keluarga atas kehilangan dan kita mendoakan yang terbaik.

Kehidupan bangsa dan pembinaan tamadun itu harus bersandarkan juga kepada kekuatan sastera. Kalau dari segi pembacaan saya belum jumpa seorang yang begitu gigih membaca seperti mana Sasterawan Negara, A. Samad Said. Saya melihat sendiri tiap buku dia baca di rumah dia, catatan-catatan tiap buku yang kita sebut ini kita belum dapat, dia itu ambil sastera dari satu dunia dia cuba kuasai.
Terdahulu, Pak Samad atau nama sebenarnya Abdul Samad Muhammad Said menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.10 petang, Selasa, 24 November 2026 di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Allahyarham meninggalkan pelbagai karya agung yang menjadi khazanah kesusasteraan negara, antaranya Salina, Sungai Mengalir Lesu dan Hujan Pagi.

Lengan Berbalut Wayar Dan Jarum, Tun Mahathir Tak Lelah Ziarah Pusara Tun Hasmah- “Hebatnya Cinta Beliau Pada Isteri"
The post ‘Sahabat Setia’ – Anwar Kenang Jasa Allahyarham A Samad Said, Sering Kirim Karya Ketika Di Penjara first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






