Saham Global Kekal Stabil, Fed Dijangka Kekalkan Kadar Faedah

WorldBusiness & Finance
28 Jan 2026 • 10:30 AM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

image is not available

Niaga hadapan saham Amerika Syarikat (AS) kekal tidak berubah pada sesi dagangan Rabu ketika pelabur menantikan keputusan dasar terkini Federal Reserve (Fed), serta laporan pendapatan daripada firma teknologi utama.

Bank pusat secara meluas dijangka mengekalkan kadar faedah tidak berubah, dengan pasaran mencari panduan mengenai garis masa pemotongan kadar seterusnya di tengah-tengah jangkaan pengurangan sebanyak dua kali sebelum akhir tahun.

Dalam perkembangan lain, laporan pendapatan daripada Tesla, Microsoft dan Meta Platforms bakal dikeluarkan hari ini, manakala laporan Apple pula akan diterbitkan pada Khamis.

Dari segi prestasi indeks utama, S&P 500 meningkat 0.41% kepada 408.99 mata, sekali gus mencapai paras tertinggi sepanjang masa dan Nasdaq Composite melonjak 0.91%.

Bagaimanapun, indeks Dow Jones merosot 0.83% kepada 408.99 mata.

Kejatuhan Dow Jones disebabkan oleh saham UnitedHealth yang menjunam 19.6% selepas syarikat itu memberi amaran mengenai kemerosotan keuntungan akibat pelarasan pembayaran Medicare Advantage yang bakal dilaksanakan.

Dalam pada itu, saham Boeing juga merosot 1.6% selepas mencatatkan keputusan pendapatan yang mengecewakan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved