Saham Global Menjunam, Data PCE Jadi Tumpuan Pelabur!

WorldBusiness & Finance
13 Mar 2026 • 10:01 AM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

image is not available

Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) ditutup lebih rendah pada sesi dagangan Jumaat selepas merekodkan bacaan bercampur-campur semalam.

Situasi itu berlaku ketika tumpuan pelabur terarah kepada penerbitan data Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) yang merupakan tolok inflasi pilihan Federal Reserve (Fed).

Data tersebut dijadual diterbitkan pada jam 8:30 malam ini.

Dari segi prestasi indeks utama, S&P 500 menyusut 1.52%, Dow Jones merosot 1.56% dan Nasdaq Composite pula menjunam 1.78%.

Ketiga-tiga indeks utama tersebut ditutup pada paras terendah sejak November tahun lalu.

Lapan daripada 11 sektor S&P 500 termasuk sektor perindustrian, budi bicara pengguna dan kesihatan berakhir lebih rendah.

Kejatuhan ini juga berlaku susulan lonjakan harga minyak global selepas Pemimpin Tertinggi Iran baharu, Mojtaba Khamenei berikrar untuk memastikan Selat Hormuz ditutup sepenuhnya.

Sebagai tindak balas terhadap serangan berterusan AS dan Israel ke atas Iran, Tehran kini meningkatkan serangan terhadap aset perkapalan milik AS.