Saham melonjak 36%: Skygate Solutions terima pertanyaan UMA Bursa Malaysia

LocalBusiness & Finance
1 Jul 2026 • 5:37 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Saham melonjak 36%: Skygate Solutions terima pertanyaan UMA Bursa Malaysia Image from: Saham melonjak 36%: Skygate Solutions terima pertanyaan UMA Bursa Malaysia liza01/07/2026 - 17:37 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 1 Julai – Skygate Solutions Berhad menerima pertanyaan berhubung Aktiviti Pasaran Luar Biasa (UMA) daripada Bursa Malaysia Securities Berhad susulan kenaikan mendadak harga saham syarikat tersebut sejak minggu lalu.

 

Bursa Malaysia mengarahkan supaya syarikat telekomunikasi dan teknologi itu menjelaskan sama ada terdapat sebarang perkembangan korporat yang belum diumumkan kepada umum, termasuk sebarang rundingan atau perbincangan yang masih di peringkat awal.

 

Selain itu, syarikat juga diminta mengesahkan sama ada terdapat sebarang khabar angin atau laporan media yang mungkin mempengaruhi pergerakan harga saham tersebut di pasaran.

 

Pada dagangan 1 Julai 2026, saham Skygate ditutup naik 1.5 sen atau 1.9% kepada 81.5 sen pada pukul 4.48 petang.

 

Ia adalah kenaikan saham syarikat lebih 36% dalam tempoh lima hari dagangan berturut-turut sejak 24 Jun lalu.

 

Dalam makluman itu, Bursa Malaysia turut mahu mengetahui jika terdapat sebarang penjelasan lain yang boleh menerangkan lonjakan harga saham itu, selain memastikan pematuhan terhadap keperluan pendedahan segera di bawah Peraturan Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.

 

Syarikat juga diarahkan mengesahkan tahap pematuhan mereka terhadap peraturan Bursa, khususnya berkaitan kewajipan pendedahan maklumat penting secara serta-merta kepada pelabur.

 

Dalam masa sama, Bursa menegaskan bahawa semua jawapan kepada UMA tersebut perlu disahkan oleh Lembaga Pengarah syarikat sebelum diumumkan kepada umum melalui sistem Bursa LINK.

 

Langkah UMA ini lazim dilakukan oleh Bursa Malaysia apabila terdapat pergerakan harga saham yang dianggap luar biasa tanpa penjelasan jelas daripada pasaran untuk memastikan ketelusan dan melindungi kepentingan pelabur. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved