Saham Reneuco bakal digantung jika gagal kemuka laporan tahunan menjelang 8 Februari ini

Business & Finance
7 Feb 2024 • 11:01 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Saham Reneuco bakal digantung jika gagal kemuka laporan tahunan menjelang 8 Februari ini

zulfadli

07/02/2024 - 11:01

KUALA LUMPUR 7 Feb - Bursa Malaysia memberi amaran kepada Reneuco Bhd bahawa sahamnya akan digantung jika gagal menyerahkan laporan tahunannya bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2023, menjelang 8 Februari ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Bursa menyatakan Reneuco gagal menyerahkan laporan tahunan pada 31 Januari, yang merupakan tarikh terakhir penyerahan di bawah peraturan penyenaraian.

Susulan itu, pakar tenaga boleh diperbaharui itu diberi masa lima hari pasaran lagi untuk mengemukakan laporan atau risiko digantung.

Selain itu, jika Reneuco gagal mengeluarkan laporan dalam tempoh enam bulan dari 8 Februari, prosedur nyahpenyenaraian boleh dimulakan terhadap kumpulan itu.

Pada 30 Januari, Reneuco berkata, pihaknya tidak dapat mengeluarkan laporan tahunan dalam tempoh masa yang ditetapkan, kerana juruaudit luarnya memerlukan lebih masa untuk menyelesaikan auditnya.

Katanya, mereka "berusaha ke arah" tarikh akhir 8 Februari untuk mengelakkan penggantungan dalam dagangan sahamnya.

Kumpulan itu menukar namanya dua kali dalam tempoh empat tahun yang lalu. Ia pertama kali dipanggil Kumpulan Powernet Bhd, sebelum menukar namanya kepada KPower Bhd.

Kumpulan itu mengalami kerugian bersih RM125.05 juta pada suku Julai-September 2023 berikutan pendapatan RM4.57 juta. Kerugian itu diheret oleh kemerosotan nilai sebanyak RM132.53 juta. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved