Saham Teknologi Pacu Lonjakan Indeks Utama Wall Street

WorldTechnology
3 Feb 2026 • 10:30 AM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

image is not available

Indeks S&P 500 dan Nasdaq Composite mencatatkan sedikit peningkatan pada sesi dagangan Selasa, disokong oleh laporan pendapatan yang memberangsangkan daripada syarikat teknologi utama.

Dari segi pergerakan indeks utama, Dow Jones meningkat 1.05% kepada 49,407.66 mata, S&P 500 mengukuh 0.54% kepada 6,976.44 mata, manakala Nasdaq Composite yang berfokus kepada sektor teknologi menokok 0.56% kepada 23,592.11 mata.

Perkembangan positif itu sekali gus meningkatkan sentimen pasaran Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini.

Sementara itu, saham firma analitik data Palantir Technologies meningkat kira-kira 6% selepas syarikat itu mengatasi jangkaan terhadap hasil dan pendapatan.

Saham firma robotik, Teradyne melonjak 23% selepas syarikat itu mengeluarkan panduan yang kukuh bagi suku semasa.

Sebaliknya, saham NXP Semiconductor merosot 5% susulan unjuran margin kasar suku pertama yang kurang memberangsangkan.

Peningkatan pasaran turut didorong oleh lonjakan saham teknologi selepas saham Apple melonjak 4.1%, diikuti oleh Micron (5.5%) dan Sandisk (15.4%).

Walau bagaimanapun, peneraju cip kecerdasan buatan (AI), Nvidia pula menjunam 2.9% berikutan ketidakpastian berterusan terhadap pelaburan OpenAI bernilai yang $100 bilion.

Tumpuan pelabur kini beralih kepada keputusan laporan pendapatan daripada syarikat-syarikat utama seperti AMD, PepsiCo, Pfizer, PayPal dan Chipotle pada Selasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved