Saham terapung Media Prima susut bawah ambang 25%, syarikat cari jalan patuhi peraturan Bursa Malaysia

LocalBusiness & Finance
15 May 2026 • 9:00 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Saham terapung Media Prima susut bawah ambang 25%, syarikat cari jalan patuhi peraturan Bursa Malaysia Image from: Saham terapung Media Prima susut bawah ambang 25%, syarikat cari jalan patuhi peraturan Bursa Malaysia johardy15/05/2026 - 09:00 Oleh Muhammad Iman editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 15 Mei - Pegangan saham awam Media Prima Bhd menyusut di bawah paras minimum yang ditetapkan dan syarikat akan mengambil langkah bagi memenuhi keperluan peraturan penyenaraian.

 

Syarikat itu berkata, pegangan saham oleh pemegang minoriti kini berada pada 24.38% daripada jumlah saham terkumpul setakat akhir April, iaitu di bawah paras minimum 25% yang diwajibkan.

 

Berdasarkan modal saham terbitan sebanyak 1.11 bilion unit saham, kekurangan tersebut dianggarkan sekitar 6.88 juta saham.

 

“Syarikat akan meneroka pilihan bagi memulihkan pematuhan dan akan membuat pengumuman lanjut pada masa yang sesuai,” kata Media Prima dalam makluman di Bursa Malaysia.

 

Kekurangan ini berlaku susulan peningkatan pegangan oleh Amir Nashrin Johari, anak kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, yang kini memegang 88.33 juta saham dalam Media Prima, syarikat yang menerbitkan akhbar seperti The New Straits Times serta mengendalikan stesen televisyen TV3 dan rangkaian TV lain.


 

Datuk Seri Johari Abdul Ghani
Datuk Seri Johari Abdul Ghani

 


Bapa dan anak itu secara bersama memiliki 32.96% pegangan, sekali gus menjadi blok pemegang saham terbesar dalam syarikat tersebut. Ia diikuti oleh Aurora Mulia Sdn Bhd, syarikat pelaburan milik taikun Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, yang memegang 31.9% saham Media Prima.

 

Saham Media Prima ditutup tidak berubah pada 33 sen pada Khamis, dengan nilai pasaran syarikat sebanyak RM360.55 juta. Kaunter itu susut lebih 15% dalam tempoh 12 bulan lalu. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved