Sahut Cabaran TokTi, Lelaki Lari 8KM Sambil Dengar Lagu Kesilapanku Keegoanmu

LocalHealth & Fitness
24 Apr 2026 • 12:38 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pemuda lelaki membuktikan bahawa janjinya bukan sekadar kata-kata  kosong apabila dia berjaya menamatkan larian sejauh 8 kilometer (km) seawal jam 5.30 pagi, semata-mata menyahut cabaran daripada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, pada pagi semalam.

Sahut cabaran, lari 8KM

image is not available

Screenshot

Difahamkan, menerusi satu hantaran terdahulu di Threads miliknya, lelaki berkenaan pada mulanya berjanji untuk berlari sejauh 5KM jika ciapannya itu dibalas oleh penyanyi terbabit.

Namun, penyanyi berkenaan bukan sahaja memberi respon, malah menambah cabaran dengan meningkatkan jarak larian kepada 8km.

“Naik sikit 8km, tunjuk video. Pukul 5.30 pagi tau bukan pukul 5.30 petang,” balas Siti.

Mengambil cabaran tersebut, Lutfil memulakan larian seawal pagi mengikut waktu yang ditetapkan dan turut berseloroh mengenai cabaran itu menerusi perkongsian video di platform Threads.

image is not available

Screenshot

“Sekarang pukul 5.30 pagi tepat, tak percaya yang TokTi suruh aku lari 8km. Ikutkan aku sampai 5km sahaja,” tambahnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha dan disiplin pemuda itu yang dianggap boleh dijadikan contoh dalam mengamalkan gaya hidup sihat malah ada juga yang mengucapkan tahniah kerana berjaya menyahut cabaran penyanyi itu.

Dia buat betul-betul

image is not available

Bini minta beli santan, buat tak dengar kan

image is not available

 

Artikel lain: Bunda Corla Buat Pembedahan Wajah, Netizen Kata Mirip Siti Nurhaliza

Terdahulu, penyanyi itu menyantuni salah seorang peminat setianya yang kini berada di unit rawatan rapi, Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Tambah penyanyi nombor satu negara itu lagi, sokongan peminat membawa makna yang sangat besar dalam perjalanan seninya, malah menjadi kekuatan utama yang membolehkan beliau kekal relevan sehingga hari ini.

Difahamkan perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-rata memuji keprihatinan serta keperibadian Siti sebagai anak seni berjiwa besar dan tidak pernah melupakan jasa peminat setianya.

Sumber: Threads lutfillehadi

The post Sahut Cabaran TokTi, Lelaki Lari 8KM Sambil Dengar Lagu Kesilapanku Keegoanmu appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved