SAIC Motor Perluas Rangkaian Pengedar MG

LocalCars
11 Oct 2024 • 3:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

SAIC Motor Malaysia mengumumkan pembukaan rasmi empat lagi pengedar MG Motor, baru-baru ini.

Antara empat pengedar MG Motor itu ialah MG Motor Balakong, MG Motor Klang, MG Motor Muar, dan MG Motor Skudai.

image is not availableimage is not available

Pengedar MG Motor itu adalah sebahagian daripada rancangan untuk membina rangkaian 35 pengedar di seluruh negara, bagi meluaskan rangkaian MG Motor serta mengukuhkan komitmen terhadap perkhidmatan selepas jualan yang cekap.

Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory QiFeng berkata, pembukaan ini menandakan komitmen untuk terus memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan rangkaian penuh produk.

“Dengan pengedar baharu ini, kami lebih bersedia untuk menyediakan kualiti, penjagaan, dan kemudahan yang pelanggan kami perlukan,” katanya.

Untuk makluman MG Motor Malaysia kini mempunyai 15 pengedar, dengan lebih banyak lokasi yang akan dibuka tidak lama lagi.

Senarai terkini Pengedar Sah Motor MG ialah:

image is not available

image is not availableimage is not available

Bagaimanapun, senarai pengedar di atas dikatakan akan mula beroperasi hujung tahun nanti.

image is not available

Dalam pada itu, sempena sambutan 100 Tahun MG, SAIC Motor mengumumkan tawaran eksklusif untuk MG4 EV 2 dengan penjimatan sehingga RM10,888, dan MG ZS EV dengan penjimatan sehingga RM5,888.

Bagi yang berminat, anda boleh memandu uji model MG terbaharu di Bilik Pameran Pengedar Sah MG Motor.

Untuk maklumat lanjut, layari mgmalaysia.com atau hubungi MG Careline di 1800-28-3636.