Saifuddin bawa bunga ziarah Mat Sabu -“Tokoh pemimpin saya hormati, sanjungi..”

LocalPolitics
15 Oct 2025 • 11:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir menziarahi Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, selepas dimaklumkan beliau kurang sihat.

Menerusi hantaran di Facebook, Saifuddin memaklumkan beliau membawa sejambak bunga bersama ketika hadir menziarahi sahabat perjuangan pada minggu lalu.

“Usai menghadiri sidang Parlimen, saya bergegas ke kediaman Abang Mat (Mohamad Sabu) sebaik mendengar khabar beliau kurang sihat.
“Saya bawa sedikit bunga. Bukan selalu lelaki bagi lelaki bunga, tapi untuk sahabat lama, apa salahnya kan?”tulisnya.

image is not available

Saifuddin bawa bunga ziarah Mat Sabu

image is not available

Saifuddin berkata, mereka sudah lama berkenalan dan bersahabat sejak zaman politik jalanan lagi dengan melalui pelbagai suka dan duka perjuangan dalam bidang tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut mendoakan agar Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu diberi kesembuhan dan dikurniakan kesihatan untuk terus menabur bakti sebagai seorang pemimpin.

“Abang Mat adalah antara tokoh pemimpin yang saya hormati dan sanjungi dalam perjuangan ini.
“Doa saya semoga Abang Mat segera pulih, dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk terus istiqamah berbakti kepada rakyat dan negara,”tulisnya lagi.

image is not available

Menerusi hantaran tersebut, ramai warganet mendoakan kesejahteraan Mohamad Sabu dan segera sembuh daripada kesakitan yang ditanggung.