Saifuddin bidas kenyataan Rafizi – “PKR wujud disebabkan insiden terhadap Anwar”

LocalPolitics
13 May 2025 • 12:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bidas kenyataan Datuk Seri Rafizi Ramli berhubung dakwaan anggota PKR menolak Anwar Ibrahim jika Nurul Izzah tewas dalam pemilihan parti itu.

Menurut laporan Sinar Harian, Saifuddin menegaskan kewujudan PKR adalah disebabkan insiden yang berlaku terhadap Presiden parti itu pada tahun 1998.

Bidas kenyataan

image is not available

image is not available

“Saya tidak melihat begitu (bahawa jika Nurul Izzah kalah akan berlaku penolakan terhadap Anwar).

“Wujudnya parti ini adalah disebabkan insiden yang berlaku ke atas tubuh badan Anwar,” katanya dalam sidang akhbar sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini pada Selasa.

Terdahulu, Rafizi berpandangan PKR akan berdepan risiko sekiranya Nurul Izzah tewas dalam pemilihan parti tersebut memandangkan beliau anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kekalahan Nurul Izzah boleh memberikan implikasi negatif terhadap imej PKR, khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Bidas kenyataan

image is not available

“Kalau contohnya Izzah kalah, apa mesejnya kepada rakyat? Contohnya mesejnya ialah anggota PKR menolak Anwar Ibrahim.

“Kalau kalah..jadi sebab itu Nurul Izzah mesti menang. Dia mesti menang sebab kalau kalah itu, kita akan masuk pilihan raya dalam keadaan yang kita tak boleh gambarkan berdepan pembangkang dan polemik politik dalam dan luar kerajaan.

“Kerana orang akan kata, Nurul Izzah kalah bermakna Anwar ditolak parti sendiri, jadi akhirnya apa pilihan saudara saudari ada?” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved