Saifuddin sanjung jasa Razarudin, pemimpin PDRM berjiwa rakyat & tegas berprinsip

LocalPolitics
18 Jun 2025 • 11:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menzahirkan penghargaan terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang bakal menamatkan kontrak perkhidmatannya pada Ahad ini.

Menerusi satu hantaran, Saifuddin berkata beliau berbesar hati menerima kunjungan hormat Razarudin di pejabatnya petang ini, sempena persaraan tokoh penting dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu.

“Kunjungan ini cukup bermakna kerana diadakan bersempena dengan persaraan beliau yang dijadualkan bermula sebaik sahaja tempoh kontrak perkhidmatan sebagai Ketua Polis Negara tamat pada Ahad ini,” tulis beliau.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Saifuddin sanjung jasa Razarudin

Dalam pertemuan yang disifatkan penuh mesra dan hormat itu, Saifuddin turut menyampaikan penghargaan secara peribadi atas segala jasa, pengorbanan dan khidmat bakti Tan Sri Razarudin sepanjang memimpin pasukan.

“Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah memperlihatkan kepimpinan yang berwibawa, tegas dalam prinsip, namun sentiasa berjiwa rakyat,” katanya.

image is not available

Beliau turut mendoakan agar Razarudin dikurniakan kesihatan yang baik serta ketenangan dalam menjalani fasa baharu selepas persaraan.

View Original Article