
Tuaran: Pertembungan calon berprofil tinggi antara enam penjuru di kerusi parlimen Tuaran bakal menghangatkan suasana Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.
Penyandang kerusi Parlimen Tuaran sebagai calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berdepan Calon Barisan Nasional (GRS-BN), Datuk Joniston Bangkuai yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu.
Joniston, bekas Editor Wilayah New Straits Times Sabah dan Sarawak serta pernah menjadi wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Sabah Times pada awal tahun 1980-an.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 lalu, beliau yang bertanding mewakili Parti Bersatu Sabah (PBS) menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu selepas menewaskan Presiden Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan bekas timbalan ketua menteri, dalam saingan enam penjuru bagi kerusi tersebut.
Selain itu, Jo Anna Sue Henley Rampas dari Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan bekas juara Unduk Ngadau atau Ratu Kaamatan turut mencuri perhatian orang ramai.
Tiga lagi calon yang bertanding dalam saingan enam penjuru di kerusi parlimen Tuaran ialah bekas warga pendidik, Muminin Kalingkong @ Norbinsha (PEJUANG) dan dua calon BEBAS iaitu Boby Lewat dan Nortaip Suhaili.
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
