Saintis China Dakwa Cipta Batu-bata Khas Untuk Bina Pangkalan Di Bulan

WorldSpace
1 Nov 2024 • 5:05 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Saintis China Dakwa Cipta Batu-bata Khas Untuk Bina Pangkalan Di Bulan

Sekumpulan saintis di China mendakwa berjaya menghasilkan batu-bata khas dengan menggunakan bahan yang mirip dengan pasir di Bulan.

Inovasi berkenaan dikatakan telah memberikan harapan positif dalam usaha negara itu untuk membina pangkalan tetap di Bulan pada masa hadapan.

Menurut Xinhua, projek berkenaan diusahakan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains & Teknologi Huazhong dan diketuai oleh saintis terkenal, Ding Lieyun.

Dalam video yang dikongsikan kepada portal berita tersebut, kumpulan penyelidik berkenaan mendakwa batu-bata tersebut tiga kali ganda lebih kukuh berbanding bata merah dan bata biasa.

Saintis China dakwa cipta batu-bata khas, sesuai untuk bina pangkalan di Bulan

Pada masa yang sama, kumpulan penyelidik turut membangunkan teknik pembinaan yang berbeza menggunakan teknologi pembuatan bahan tambahan.

Menurusi teknik tersebut, mereka menghasilkan teknogi cetakan 3D yang dapat ‘mencetak’ rumah dengan menggunakan pasir Bulan.

Difahamkan, inovasi batu-bata itu akan dihantar ke stesen angkasa lepas milik China menerusi shuttle angkasa Tianzhou-8.

Disana, eksperimen khas akan dijalankan yang antaranya untuk menguji kekuatan batu-bata tersebut berdepan dengan radiasi kosmik.

Batu-bata berkenaan kemudian akan dibawa pulang semula ke Bumi pada hujung 2025.

China baru-baru ini telah melancarkan program angkasa lepas kebangsaan jangka pendek dan jangka panjang yang hendak dicapai menjelang 2050.

Dalam program berkenaan, China merancang untuk membina pangkalan khas di Bulan yang akan bermula pada fasa kedua antara 2028 hingga 2035.

Sumber: Xinhua

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved