Saintis guna laser untuk alirkan kilat dengan selamat ke bumi

17 Jan 2023 • 1:10 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Satu kajian menganggarkan yang kilat menyebabkan 24,000 kematian dan 240,000 kecederaan setahun dan kilat adalah satu fenomena semula jadi yang sukar untuk diramal. Namun, apabila kilat berlaku, jutaan voltan tenaga pada paras ribuan Ampere.

image is not available

Sebagai langkah keselamatan, manusia sejak zaman Benjami Franklin tahun 1752 telah menggunakan rod kilat, sebatang besi berkonuktiviti tinggi, bagi mengalirkan kilat dengan selamat ke bumi tanpa merisikokan individu. Sebatang rod kilat boleh memberikan perlindungan dalam radius bersamaan dengan tinggi rod.

Misalnya, rod setinggi 10 meter boleh berikan perlingungan dalam radius 10 meter keliling. Namun, disebabkan ketinggian rod ada hadnya, melindungi kawasan luas yang sensitif menjadi satu masalah, misalnya bangunan lapangan terbang yang biasanya tidak dibina meninggi, sebaliknya meluas.

Maka dengan sebab itu, sekumpulan saintis di Switzerland sedang mengkaji potensi laser sebagai pelengkap kepada rod kilat.

Mereka dapati yang laser bekuasa tinggi boleh mengionkan molekul udara lantas mempertingkan kondukvitivi udara sekeliling. Oleh sebab kilat sentiasa mencari laluan yang paling kurang rintangan, udara yang telah terion tadi tentu sekali menjadi pilihan kilat dan ia dibukti melalui ujikaji mereka.

image is not available

Di atas gunung Santis yang mempunyai puncak 2,500 meter darip paras laut, mereka memancarkan laser berkuasa terawatt ke langit dan berjaya mengalirkan kilat dengan jayanya kepada rod kilat setinggi 8 meter.

image is not available

Penggunaan laser dilapor boleh memberikan perlindungan yang lebih efektif terhadap kilat kerana laser boleh dipancarkan menembusi awan, terus ke sumber kilat.

View Original Article