Saintis Temui Virus Maut Baharu Dalam Badan Monyet Afrika, Mampu Cetus Pandemik Seterusnya

Health & Fitness
1 Oct 2022 • 1:05 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Saintis Temui Virus Maut Baharu Dalam Badan Monyet Afrika, Mampu Cetus Pandemik Seterusnya

Para saintis dilapor telah menemui satu lagi virus yang hidup dalam badan monyet Afrika yang mungkin akan menjadi ancaman pandemik besar-besaran di masa akan datang.

Memetik Daily Mail, virus demam berdarah Simian (SHFV) menyebabkan simptom yang sama seperti Ebola yang dahsyat termasuk pendarahan dalam dan membunuh setiap monyet yang terjangkiti.

image is not available

Virus ini dilapor juga akan mencemari sistem imun, melumpuhkan mekanisme pertahanan utama dan memecahkan sel-sel dalam badan.

Walau bagaimanapun, setakat ini tiada kes yang dikesan pada manusia, namun pakar di AS berkata bahawa manusia perlu bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang bakal berlaku.

Dalam pada itu, dengan melakukan ujian awal dan memantau virus tersebut, komuniti kesihatan global mungkin berpotensi untuk mengelak dari berlakunya pandemik sekali lagi.

Pakar di University of Colorado Boulder telah mengeluarkan amaran bahawa virus SHFV mempunyai keserasian kepada tubuh manusia.

image is not available

Dalam kajian makmal, mereka mendapati bahawa virus ini mampu melekat pada reseptor manusia dengan mudah dan mampu membiak dengan memisahkan dirinya sendiri.

Pengarang Kanan kajian tersebut, Dr Sara Sawyer berkata, virus dari haiwan ini telah mempunyai cara untuk mendapatkan akses kepada sel manusia, membiakkan diri dan bergerak kepada sistem imun penting yang berfungsi melindungi manusia dari virus haiwan.

Pengarang lain, Profesor Cody Warren juga berkata, virus ini sama dengan virus simian yang telah mencetuskan pandemik HIV suatu ketika dulu.

Dalam masa yang sama dia berkata, hanya kerana mereka masih belum mendiagnosis jangkitan arterivirus ini, tidak bermakna manusia tidak berisiko untuk dijangkiti, mereka hanya belum terdedah sahaja.

Sumber: Daily Mail