Sajat beri ucapan hari jadi buat BFF, ramai ingat Sufian Suhaimi -“Nasib baca kapsyen”

LocalEntertainment
3 Oct 2024 • 5:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Sajat beri ucapan hari jadi

Usahawan sensasi, Sajat beri ucapan hari jadi buat BFF barunya di Instagram dengan berkongsi gambar mereka bersama sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi posting Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 39, dia memaklumkan yang rakannya itu cukup bermakna dalam kehidupan dan berasa begitu beruntung kerana mengenalinya.

image is not available

Sajat beri ucapan hari jadi kepada BFF yang sangat mengambil berat

Sajat juga memaklumkan yang rakan baiknya itu, orang yang baik serta usahawan berkenaan sangat mengambil berat tentang lelaki berkenaan.

image is not available

Sajat beri ucapan hari jadi, tapi ramai perasan lain

Namun begitu, komen-komen yang diterima di ruangan Instagram usahawan berkenaan telah mencuri perhatian apabila ramai yang menyangkakan lelaki di dalam gambar tersebut adalah penyanyi terkenal, Sufian Suhaimi.

Kebanyakan mereka terkejut dengan lelaki yang berada di sebelah Sajat sebelum masing-masing baru menyedari bahawa dia bukanlah Sufian setelah membaca kapsyen yang disertakan.

image is not available

Ingatkan Sufian Suhaimi tadi!

image is not available

Terkejut tadi ingat Baby Pian

image is not available

Tersedak la Sufian dekat Malaysia

image is not available

Walau bagaimanapun, menerusi kapsyen tersebut, Sajat menganggap lelaki berkenaan sebagai rakannya sahaja dan turut meninggalkan hashtag #brother #sisteri seolah memberi bayangan tiada sebarang hubungan spesial antara mereka seperti yang diduga sesetengah pihak.

Sekadar info, Sajat kini berada di Australia selepas pihak berkuasa Malaysia memburunya atas beberapa kesalahan syariah yang pernah dilakukan di negara ini.

Sekitar 2021, dia pernah didakwa dengan dua pertuduhan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana berpakaian seperti wanita dan memuat naik gambar yang tidak sopan di Instagram miliknya.

Sumber: Instagram nursajatkamaruzzaman