“Saje Jer Nak Meeting Tepi Tangga” – Aliff Syukri Jalin Kerjasama Dengan ‘Skandal’ View Chin, Netizen Pakat ‘Unfollow’

20 May 2023 • 12:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan bahawa dia bakal menjalinkan kerjasama dengan host TikTok, Amirah Aqilah tidak lama lagi.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram, Aliff dilihat menari bersama pempengaruh yang pernah terkait dengan kontroversi menyondol suami majikannya sendiri itu.

Bukan itu sahaja, Aliff berkata Amirah atau lebih dikenali sebagai Meera akan menjadi model untuk mengayakan jenama tudung terbaharu keluarannya iaitu AS Hijab.

Awak jangan kasi tau wife saya. Saya dah block dia dari korang tag. Kami saje jer nak meeting di tepi tangga untuk projek AS Hijab sebab banyak koleksi baru. Nanti Mira akan gayakan

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bagaimanapun meluahkan rasa kurang senang apabila usahawan Terlajak Laris itu seperti mengambil kesempatan ke atas kontroversi yang terkait dengan Meera.

Malah, ramai pengikut yang berpakat untuk tidak mengikuti lagi Aliff di media sosial kerana tidak bersetuju dengan keputusannya untuk bekerjasama dengan seseorang yang pernah merosakkan rumah tangga orang lain atau ‘penyondol’.

image is not available

Tambah netizen lagi, perbuatan Aliff itu seakan-akan menyokong perbuatan Meera yang secara jelas melakukan kesalahan.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

"Tak Pernah Segembira Ini.." - Kongsi Video Menari, Isteri Akui Da'i Syed Pandai Hiburkan Hati