Dah menjadi kebiasaan di musim perayaan, memang banyak jemputan beraya ke rumah sanak-saudara, sahabat handai dan jiran-jiran. Boleh dikatakan setiap hujung minggu, memang penuh jemputan rumah terbuka daripada pagi hingga ke malam, kan?
Namun, lain pula kisahnya kali ini apabila ibu bapa didakwa tergamak meninggalkan anak-anak dalam kereta yang dimatikan enjin untuk beraya.
Menerusi perkongsian pengguna Facebook Nana Nandos, dia terdengar tangisan kanak-kanak kembar di dalam kereta yang berkunci. Budak-budak itu dikatakan berada dalam ketakutan dengan tingkap kereta dibuka sedikit.

Pengguna Facebook ini sempat membelikan air kotak untuk menenangkan kanak-kanak itu. Selepas 30 minit menunggu, akhirnya ibu bapa kanak-kanak itu muncul dengan muka tak bersalah.
Eh.. Parents dengan atuk nenek sekali la pi beraya. Cucu dalam kereta ek. Dapat la angkat tangan sambil sengih-sengih kerang manja dari parents. Mak dia.. buat bodoh jer.. muka tak bersalah..
Dia meluahkan rasa tak percaya menyaksikan kejadian itu di depan mata sendiri. Tulisnya lagi, dalam pada beraya itu, anak-anak yang merupakan amanah hendaklah dijaga dengan baik.
Kredit: Facebook Nana Nandos

![“Kata Nak Datang Beraya Dengan Keluarga”- Wanita Terkejut Teman Lelaki Merisik Di Hari Raya [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)