Polis telah memulakan siasatan berhubung video yang tular di media sosial, yang memperlihatkan seorang lelaki dipercayai sebagai anggota polis berpangkat Sarjan Mejar melakukan kekerasan terhadap seorang lelaki di sebuah premis.
Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, pihaknya mengambil maklum mengenai penularan video berdurasi 37 saat tersebut pada pukul 3.11 petang melalui aplikasi X, dan turut menunjukkan nama serta jawatan pegawai polis terbabit.
“Kita akan siasat dengan terperinci dan orang awam atau saksi kejadian diminta tampil untuk salur maklumat bagi membantu siasatan.
“Tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak berkaitan, tanpa kompromi.”
Tular tampar orang awam, ketua polis balai disiasathttps://t.co/tcqHAsAHk8 pic.twitter.com/QctUuXA1KO
Dalam video yang tular itu, lelaki yang didakwa sebagai anggota polis itu menyerang seorang lelaki yang sedang duduk, dipercayai berada di sebuah restoran. Suspek dilihat menarik rambut dan menampar muka mangsa sebanyak 9 kali, tanpa diketahui apa punca sebenar kejadian.
Berdasarkan percakapan dalam video, kedengaran anggota polis berkenaan menyebut perkataan ‘curi lagi’.
Sumber: Sinar Harian, Harian Metro
The post ‘Sakit bang!’ – Tular video anggota polis tampar lelaki 9 kali appeared first on The Reporter.

