
Gara-gara berebutkan pakaian murah ‘bundle’, satu video sesi ‘pecah guni’ ini telah menjadi tular dan mengundang banyak kritikan serta kecaman daripada netizen.
Dalam video tersebut, sekumpulan lelaki dan wanita dilihat sedang ‘bertarung’ untuk mendapatkan baju ‘bundle‘ tersebut.
Kekecohan yang ditonjolkan itu sekaligus menimbulkan perasaan kurang senang netizen kerana ada wanita yang bertudung bergasak-gasak dan bercampur dengan lelaki semata-mata berebutkan pakaian murah.
Menjengah ke ruangan komen, netizen mendakwa bahawa mereka yang berada di dalam video itu sedang bersaing untuk mencari barang berharga ataupun ‘jackpot’.

Sumber : TikTok
Namun begitu, adalah tidak manis bagi kaum wanita untuk melakukan aktiviti seperti itu kerana selain tidak menjaga ikhtilat, ia juga dapat membahayakan nyawa dan keselamatan mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
(VIDEO) "Rakam Biar Dari Awal" - Niat Nak Burukkan 'Service', Wanita 'Bertekak' Dengan Staf Restoran Dikecam Netizen
The post “Sakit Dapat Malu Dapat”- Tular Video Wanita ‘Join’ Pecah Guni Bundle, Netizen Naik Malu Tengok Saling Berlaga first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


