“Sakit Hati” – BLACKPINK Sambut Ulang Tahun Debut Ke-8, Peminat Meluat Lihat Lisa Pentingkan Diri Sendiri?

EntertainmentMusic
12 Aug 2024 • 12:39 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Pada 8 Ogos yang lalu, BLACKPINK telah menyambut ulang tahun debut mereka yang ke-8.

Setelah sekian lama, BLACKPINK kembali berkumpul untuk meraikan hari gembira itu bersama peminat dan turut mengadakan acara perjumpaan bersama ‘Blinks’ bertuah serta melakukan siaran langsung menerusi Weverse.

Selain itu di Instagram, ahli juga telah memuat naik foto mereka berempat, sambil meluahkan rasa terima kasih kepada peminat yang setia bersama mereka sejak debut.

Namun berbeza pula buat Lisa yang nampaknya langsung tidak berkongsi gambar mereka berempat dan sebaliknya hanya memuat naik fotonya seorang diri bagi meraikan ulang tahun debut BLACKPINK.

Dengan ini, segelintir peminat berasa kecewa dan mempersoalkan tindakan penyanyi “ROCKSTAR” itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LISA (@lalalalisa_m)

Menerusi ruangan komen di Instagram Lisa, ada yang mengkritik,

  • Ulang tahun kumpulan tapi langsung takde gambar dengan ahli.
  • Jennie, Ji-soo dan Rosé tak wujud ke dalam hidup awak?
  • Sakit hati tengok dia pentingkan diri sendiri.
  • Langsung tak nak promote ahli sendiri.
  • Ini adalah ulang tahun kumpulan tapi dia sibuk fikirkan dirinya je.

Hmm apa pendapat korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.