“Sakit Perut Gelak”- Tindakan Pesakit Angkut Tilam Selepas Disuruh Berpindah Buat Ramai Terhibur [Video]

16 Aug 2022 • 5:23 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
lelaki keluar hospital bawak tilam

Tidak dinafikan kita kini berhadapan dengan bermacam-macam penyakit yang mendatang, malah sehingga hari ini kebanyakan hospital masih lagi penuh dengan orang sakit.

Malah, ada yang dimasukkan ke unit rawat rapi kerana memerlukan pemantauan yang lebih, apabila sudah beransur pulih barulah pesakit itu dipindahkan atau dibenarkan pulang ke rumah.

Cuba bawa harta hospital pulang ke rumah

Terbaharu, tular sebuah video di TikTok memaparkan tindakan seorang lelaki warga asing yang dilihat mengangkut tilam di sebuah hospital.

Meskipun video ini pernah tular sekitar Mei tahun lalu (2021), ia sekali lagi ‘timbul’ di For Your Page (FYP) apabila dikongsikan oleh @ceomnateyyy.

Difahamkan, lelaki ini telah diarah berpindah ke satu tempat yang lain.

Bukan hanya bawa diri tetapi bawa tilam sekali

Namun, apa yang mengundang ketawa orang ramai adalah lelaki itu bukan hanya berpindah membawa barangan peribadinya sahaja sebaliknya dia turut membawa tilam hospital bersama.

Mujur sahaja tindakannya itu disedari oleh jururawat yang berada di situ yang lantas menyuruhnya untuk meletakkan semula tilam tersebut ke tempat asalnya.

Menerusi video asal tanpa muzik yang pernah tular sebelum ini, dapat didengari hilai tawa di kalangan pasukan perubatan yang kebetulan berada di situ.

Mungkin tilam yang ditidurnya itu terlalu selesa sehingga menyangka dia mahu membawanya bersama.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat lelaki tersebut sehingga ada yang berseloroh mereka tidak tahu selama ini tilam hospital boleh dibawa kemana-mana dan ada segelintir yang berasa kasihan dengan reaksinya.

“Baru tahu masuk hospital bila keluar boleh bawak tilam sekali”

image is not available

“Yang bukan-bukan, tilam tinggal”

image is not available

“Nasib baik cakap pindah tilam, kalau cakap pindah katil”

image is not available

“Kalau cakap pindah katil tadi”

image is not available