Sakit tapi kuat! Nadzmi Adhwa baru tahu isteri kena drip air, enggan susahkan hati keluarga

LocalHealth & Fitness
22 Sep 2025 • 11:06 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Nadzmi Adhwa meluahkan rasa simpati terhadap isterinya, Ardell Aryana, yang kini sedang sakit dan terpaksa menjalani proses memasukkan air dalam badan ketika mengikuti misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

Ardell kini menyertai GSF iaitu satu usaha antarabangsa bertujuan memecahkan sekatan laut Israel ke atas Gaza serta menyampaikan bantuan kepada penduduk di sana.

Dia menaiki kapal Inana, antara kapal paling kecil dalam misi itu, bagi memastikan bantuan sampai ke tangan yang memerlukan.

“Saya baru tahu awak kena drip air rupanya. Tak bagitau kami sebab tak nak susahkan hati kami disini kuat bertahan ye. Dah kurus dah awak,” tulis Adhwa menerusi hantaran di media sosialnya.

image is not available

Nadzmi Adhwa baru tahu isteri kena drip air

Berita mengenai keadaan kesihatan Ardell dimaklumkan oleh seorang aktivis, Ilyia Balqis, yang turut bersama dalam misi tersebut.

“Tak dapat ‘contact’ dua hari, baru dapat hari ini. Alhamdulillah! Ujian hebat tapi semangat juang awak memang luar biasa,” tambahnya.

image is not available

Bapa kepada dua cahaya mata itu turut mendoakan agar isterinya diberikan kekuatan menghadapi ujian tersebut, selain memohon doa bagi seluruh pasukan GSF agar terus tabah mengharungi segala dugaan dan cabaran.

“Insya-Allah…kami di sini sentiasa mendoakan kalian semua yang disana. Semoga Allah reda dengan usaha semua! Free Free Palestine!” tulisnya.

image is not available

image is not available

Selain Ardell, GSF turut disertai oleh ramai aktivis lain termasuk pengamal media Zainal Rashid Ahmad, personaliti media sosial Farah Lee dan Zizi Kirana.

Sumber: IG Nadzmi Adhwa