Sakit tekak, suara parau – anak Siti Nurhaliza dijangkiti demam

Health & FitnessFamily & Parenting
29 Jul 2026 • 9:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sakit tekak, suara parau – anak Siti Nurhaliza dijangkiti demam

KUALA LUMPUR: Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin memaklumkan anaknya, Siti Aafiyah Khalid dijangkiti demam panas berserta sakit tekak.

Siti berkata demam itu mengakibatkan suhu badan anaknya meningkat, justeru membuat persiapan awal untuk mengelakkan sakit berterusan.

“Bangun sebab Aafiyah demam, suhu (badan) 39.7 darjah celsius, sakit tekak dan suara dia parau (ibu dah agak dan bersiap ubat),” kongsinya di Thread.

Siti sebelum ini memaklumkan demam, yang sebelum ini menjangkitinya, berpunca daripada pembantu rumah yang lebih awal mengalami penyakit tersebut.

Penyanyi itu dalam masa yang sama memberitahu bahawa beliau baharu pulih daripada demam beberapa hari lalu.

“Saya pula baru sihat daripada batuk dan sakit tekak,” kongsinya.

Siti juga berharap agar kesihatannya pulih secara total menjelang persembahan akhir bulan ini.

”Semoga tak sakit balik sebab ada persembahan 31 Julai ini,” ujarnya.

The post Sakit tekak, suara parau – anak Siti Nurhaliza dijangkiti demam appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved