“Sakitnya Nak Tanggung!” – Lepas 2 Bulan ‘Czer’ Hamil Lagi, Isteri Terseksa Nak Jalan Lepas Kandungan Masuk 8 Bulan

Family & Parenting
24 Jun 2023 • 1:35 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini pernah tular di media sosial seorang wanita berasa kesal dengan si suami kerana setelah 4 bulan melahirkan anak secara czer, pasangan tersebut disahkan hamil sekali lagi.

Melalui pemeriksaan doktor, kandungannya ketika itu sudah memasuki 2 bulan dan pada awalnya, wanita bernama Venny mahu menggugurkan kandungan itu susulan tidak bersedia, lagi-lagi kesihatan dalaman juga belum pulih sepenuhnya daripada melahirkan anak pertama secara czer.

Difahamkan kini kandungan Venny sudah memasuki 7 ke 8 bulan dan suaminya, Akash ada berkongsikan detik-detik ‘perit’ isterinya turun dari tingkat atas untuk dibawa ke pusat rawatan.

Jelas kelihatan Venny mempunyai kesulitan untuk berjalan selain pinggangnya juga perlu di alas dengan bantal lembut, malah dia juga perlu berhati-hati menahan keperitan di bahagian pinggul.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata wanita yang meninggalkan komen seakan-akan turut dapat merasa keseksaan yang dialami oleh ibu hamil itu.

image is not available

image is not available

Dalam pada masa yang sama, ada juga beberapa netizen meninggalkan nasihat untuk menjadikan ia sebagai pengajaran buat pasangan berkahwin agar mengatur jarak kehamilan.

image is not available 11 months ago

"Selalu Sangat Jumpa Jenis Gini" - Netizen Bengang Geng Suami Tak Bangun & Beri 'Seat' Dekat Ibu Hamil