Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam di bulan Ramadan

21 May 2024 • 7:02 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam apabila sebanyak 70 mesej diterima menerusi aplikasi WhatsApp sekitar jam 10.57 malam hingga 12 tengah malam pada 19 April 2021.

Saksi dakwa di hadapan timbalan pendakwa raya

Memetik laporan dari Bernama, wanita berusia 40-an selaku saksi kesembilan mengatakan perkara berkenaan sewaktu pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria, perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan personaliti dakwah tersebut.

image is not available

Ebit Lew hantar mesej lucah pada bulan Ramadan

Saksi yang juga merupakan pengadu kepada kes terbabit turut menyatakan perkara itu berlaku pada bulan Ramadan dan merasakan mesej-mesej yang dihantar Ebit mengandungi ayat-ayat lucah dan memuji sekaligus mengaibkan kehormatannya.

Jelasnya lagi, dia melihat karakter Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan bin Ibrahim Lew berbeza dengan di media sosial apabila kerap memuji-muji isterinya dengan gelaran bidadari.

“Tapi apabila dia (Ebit Lew) mesej macam tu, seolah-olah dia anggap perempuan ni hanya tujuan seks semata-mata,” katanya.

image is not available

Ebit Lew hantar mesej lucah, buat video call guna bahasa lucah

Saksi turut menyatakan bahawa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam hingga pag serta membuat panggilan video dengan panggilan lucah.

image is not available

Susulan daripada itu, dalam prosiding yang berlangsung pagi tadi, Zahida memohon supaya pertuduhan pertama terhadap Ebit Lew dipinda secara lisan pada bahagian waktu, iaitu dari pukul 6 pagi kepada 8.07 pagi.

Mahkamah membenarkan pindaan itu dibuat selepas saksi memberi keterangan, iaitu kronologi kejadian dia menerima gambar kemaluan tertuduh pada 29 Mac 2021 pada pukul 8.07 minit pagi.

Untuk rekod, Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan melibatkan kes mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar mesej termasuk gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp sekitar bulan Mac hingga Jun pada 2021.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya selepas pendakwaan di buat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved