Saksi Dedah Ebit Lew Terlalu Meminta, Hantar Gambar Payudara Tanpa Rela

LocalPolitics
26 Aug 2024 • 6:54 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Umum mengetahui aktivis dan pendakwah terkenal, Ebit Lew sedang berdepan pertuduhan gangguan seksual.

Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim berhadapan dengan 11 pertuduhan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana didakwa membuat gangguan antaranya seperti menghantar gambar dan perkataan lucah yang membawa maksud mengaibkan kehormatan wanita.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu menerusi aplikasi WhatsApp sekitar Mac dan Jun pada tahun 2021.

Saksi Ke-9 Dedah Gambar Buah Dada Dihantar Tanpa Rela

Hari ini (26 Ogos), saksi kesembilan yang juga pengadu memberitahu Mahkamah Majistret Tenom bahawa dia telah menghantar gambar payudara kepada Ebit Lew namun ianya dilakukan secara tanpa rela.

Dia mendedahkah perkara itu ketika sesi pemeriksaan balas oleh peguam yang mewakili Ebit, Datuk Ram Singh dalam perbicaraan yang diadakan di mahkamah yang diadakan di hadapan majistret Nur Asyraf Zolhani.

Akui Hantar Gambar Kepada Individu Tidak Dikenali Satu Kesalahan, Dakwa Tidak Curang

Pengadu walau bagaimanapun bersetuju dengan soalan yang diajukan oleh Ram dan mengakui tindakannya yang menghantar gambar buah dada kepada individu tidak dikenali adalah satu kesalahan terhadap suaminya.

Dia juga turut bersetuju dan mengaku bersalah kerana menunjukkan sesuatu yang bersifat peribadi kepada orang yang tidak dikenali.

Saksi berkenaan bagaimanapun menjelaskan bahawa tindakan menghantar gambar berkenaan kepada Ebit bukanlah bermaksud dia telah curang terhadap suaminya.

“Tidak, sebab saya bukan rela, ” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Suami Marah & Tidak Tahu Cara Berjumpa Dengan Ebit Lew

Pada masa yang sama, dia diminta oleh Ram untuk menjelaskan komen daripada suaminya setelah mengetahui dia menghantar gambar payudara kepada penceramah bebas itu.

“Saya beritahu suami saya bagi gambar itu, Ebit Lew terlalu meminta. Saya tidak sedar saya terikut arahan dia. Bila sedar dan marah Ebit Lew, saya bagitahu suami.

“Suami memang marah, masa itu dia tunjuk marah kepada Ebit Lew tapi tidak tahu tunjuk cara bagaimana mahu jumpa Ebit Lew. Masa itu dia betul-betul marah,” terangnya.

Sekat Ebit Lew Di Telefon, Masih Berhubung Di Media Sosial

Malah, pengadu turut memberitahu Ram bahawa suaminya ada meminta dia untuk berhenti melayan pendakwah itu menerusi aplikasi WhatsApp. Bagaimanapun, Ebit bertindak menghubunginya melalui Instagram.

“Ya, sebab saya sekat di telefon, Ebit Lew hubungi saya di Instagram saya. Dia mesej di Instagram juga jadi saya nyahsekat dan saya marah minta jangan buat lagi.

“Mahu jadi kawan boleh, kawan yang saya ada suami dan anak tetapi dia tidak peduli semua itu dan tetap dengan teks lucah,” katanya.

Malah, pengadu turut menjelaskan tindakannya yang menyekat dan menyahsekat nombor telefon Ebit namun masih berkomunikasi antara satu sama lain bukanlah tanda dia suka kepada pendakwah berkenaan.

“Saya tidak suka dia,” katanya.

Mahkamah kemudiannya menangguhkan perbicaraan tersebut dan menetapkan Isnin depan (2 September) jam 2.30 petang sebagai sesi perbicaraan yang baru.

Untuk info, perbicaraan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zahida Zakaria dan Analia Kamaruddin.

Manakala Ebit lew diwakili oleh Ram, Kamarudin Mohmad Chinki, Mohd Syarulnizam Salleh Keruak dan Prem Elmer Ganasan.

Source: