Saksi Dedah Perbualan Mengejutkan Ebit Lew Ketika ‘Video Call’

LocalEntertainment
10 Dec 2024 • 4:08 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
ebit lew

Mahkamah Majistret menjadi tumpuan apabila seorang wanita berusia 40-an yang merupakan saksi utama kes Ebit Lew tampil mendedahkan sesuatu yang mengejutkan semalam.

Menurut laporan Harian Metro, wanita itu mendakwa pendakwah terkenal tersebut pernah berbicara mengenai layanan seksual yang diinginkan melalui panggilan video dan aplikasi WhatsApp.

Ebit Lew cerita soal layanan seks

image is not available

Menurutnya lagi, perbualan itu berlaku selepas dia bertanya apa sebenarnya masalah yang Ebit Lew hadapi.

Lebih banyak panggilan dia saya tidak sambut, banyak panggilan saya skip tetapi panggilan ini saya sambut dan tanya apa masalah sebenar (dia) kenapa minta (seks) daripada orang lain, sedangkan Ebit sudah mempunyai isteri.

Dari situ, dia cerita tentang macam mana layanan seks daripada isteri dan bagaimana sebenarnya (layanan seks yang) dia mahukan.

Kini berdepan 11 pertuduhan

image is not available

Untuk info, Ebit Lew kini berdepan 11 pertuduhan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana didakwa menghantar mesej dan gambar lucah antara Mac hingga Jun 2021. 

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara maksimum lima tahun, denda, atau kedua-duanya.

Bukan tu jer, Saksi ke-12 yang merupakan jurufoto Polis Diraja Malaysia Koperal Detektif Andria Anak Empeny turut mengesahkan mengambil lapan keping gambar berkaitan kes ini.

image is not available

Gambar itu menunjukkan kawasan luar dan dalam rumah mangsa, termasuk bilik tidur utama, langsir, dan ruang tamu di mana perbualan melalui aplikasi WhatsApp itu berlaku.

Kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Analia Kamaruddin, dan Rasyidah Murni Adzmi. Sementara itu, Ebit Lew diwakili oleh peguam Datuk Ram Singh dan pasukan guamannya.

#OhmediaNasihat

Kes ini mengingatkan kita untuk sentiasa menjaga etika dan amanah, terutama apabila bergelar tokoh masyarakat. Jangan mudah terpesona dengan imej luar kerana kebenaran mungkin berbeza. Bagi yang teraniaya, teruskan mencari keadilan dengan cara yang betul.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro