Saksi lihat mesej, gambar lucah dalam telefon wanita

21 Dec 2022 • 4:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tenom: Seorang saksi perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew memberitahu Mahkamah Majistret di sini pada Selasa bahawa beliau ada melihat mesej dan gambar lucah dalam aplikasi WhatsApp didakwa dihantar pendakwah itu, dalam telefon bimbit pengadu.

Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM), sebuah badan bukan kerajaan, Firdaus Wong Wai Hung iaitu saksi ketiga perbicaraan, berkata beliau melihat sendiri mesej dan gambar lucah itu di telefon bimbit pengadu wanita terbabit.

“Mesej pesanan suara dan gambar lucah yang saya nampak di telefon bimbit pengadu (wanita itu) adalah secara langsung di platform WhatsApp dan bukannya di tangkap layar,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa, Raya Zahida Zakaria, Selasa.

Wong berkata beliau melihat mesej dan gambar berkenaan ditelefon bimbit selepas bertemu dengan mangsa pada 7 Ogos tahun lepas.

Zahida: Bolehkah kamu camkan gambar dalam telefon bimbit pengadu?

Wong: Ya boleh, itu antara gambar yang saya nampak dalam telefon bimbit pengadu.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Ram Singh, mewakili Ebit, Wong bersetuju bahawa beliau telah bertemu dengan pengadu selepas laporan polis dibuat di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Ram: Anda juga memberi keterangan bahawa anda telag didakwa melihat telefon bimbitnya dengan mesej teks atau gambar semasa anda bertemu denganya selepas dia membuat laporan polis, betul?

Wong: Ya

Ram: Adakah anda tahu bila (pengadu) menyerahkan telefonnya kepada polis selepas dia membuat laporan polis?

Wong: Tidak tahu.

Ram: Jadi apabila anda berkata telah melihat mesej teks dan gambar dalam telefon pengadu selepas dia membuat (laporan polis)... adakah anda tahu pukul berapa?

Wong: Di antara selepas pukul 9 malam hingga lebih kurang 1 pagi.

Ram: Jadi yang ini adalah apabila anda bertemu dengannya di Hotel Ascott, Brickfields Kuala Lumpur bersetuju?

Wong: Ya setuju.

Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani bersambung hari ini (Rabu).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.