Saksi Penting Libat Kes Bekas Ketua Menteri Diserang – Polis

LocalPolitics
6 Aug 2025 • 3:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Saksi Penting Libat Kes Bekas Ketua Menteri Diserang – Polis

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) — Polis mengesahkan berlaku kejadian seorang ahli perniagaan dipercayai diserang di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Jaafar berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada 7.20 pagi.

Beliau berkata satu kenyataan media akan dikeluarkan berhubung kejadian terbabit dalam masa terdekat.

“Dipercayai suspek melibatkan antara empat hingga lima orang… pasukan siasatan masih di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Difahamkan ahli perniagaan terbabit adalah saksi penting pendakwaan pada perbicaraan kes melibatkan seorang bekas ketua menteri.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved