
TAWAU: Seorang wanita mengaku menikam suaminya, seorang pemandu e-hailing yang mati dibunuh, semasa perbicaraan di mahkamah, menyebabkan lapan orang tertuduh dalam kes tersebut dibebas dan dilepaskan.
Mahkamah Tinggi Tawau pada Khamis membebas dan melepaskan bekas Ketua Staf Perisikan Esscom, Datuk Mat Zaki Md Zain, bersama tujuh yang lain yang dituduh membunuh seorang pemandu e-hailing, selepas mendengar permohonan daripada pihak pendakwaan untuk tidak meneruskan pendakwaan ke atas semua tertuduh di bawah Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah.
Hakim Datuk Duncan Sikodol membuat keputusan itu selepas permohonan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Khairul Azreem Mamat untuk tidak meneruskan pendakwaan susulan perkembangan terbaharu pada perbicaraan hari ke lapan, membabitkan saksi ke- 23, Nurimah Juli, 35, yang merupakan isteri mangsa bunuh.
Semasa pemeriksaan utama itu, Nurimah memberitahu mahkamah dia menikam mangsa dengan gunting yang diambil dari begnya ketika bergaduh dengan bekas suaminya di dalam kereta Myvi di lokasi kejadian bunuh dan tiada sesiapa di lokasi kejadian ketika itu (hanya Nurimah dan Nurman).
SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more * Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
