Salad timun bersama yogurt sedap dan menyegarkan. Diet terbaik, boleh cepat kurus!

Cooking
18 Aug 2023 • 2:30 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

HIDANGAN salad sering dikaitkan dengan sajian sihat atau menu diet.

Makanan tersebut sangat mudah disediakan kerana menggunakan bahan mentah yang tidak perlu dimasak.

Untuk membangkitkan rasanya, menu tersebut lazimnya dihasilkan menggunakan sayur-sayuran yang ditambah pelbagai jenis ‘dressing’.

Kali ini, SinarPlus ingin kongsikan resipi salad timun yang sangat mudah dan menggunakan yogurt asli.

image is not available

Resepi tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Fairuz Fariza.

“Patutlah viral resipi ni sebab salad timun ni sangat sedap, refreshing dan senang nak buat,” ujar wanita tersebut.

 

image is not available

Berikut dikongsikan bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Bahan-bahan
Timun [BELI DI SINI]
Yogurt asli [BELI DI SINI]
Jus lemon [BELI DI SINI]
Garlic powder [BELI DI SINI]
Serbuk cili kasar [BELI DI SINI]
Garam [BELI DI SINI]

 

image is not available

Cara penyediaan:
1. Potong dengan pengupas kulit buah supaya tekstur timun menjadi lebih nipis.
2. Satukan semua bahan dan gaul sehingga semuanya sebati.
3. Perasakan.
4. Siap dan boleh terus dimakan.

Kaedah penyediaannya sangat ringkas dan cepat betul nak disediakan, kan?

Daripada makan jajan yang tidak berkhasiat, apa kata kita tukar kepada salad timun.

Bahan-bahannya pula memang rata-ratanya ada dalam peti sejuk rumah kita.

Makan sambil layan drama di televisyen, mesti tak cukup sepiring.

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

View Original Article