Salah Faham Pasal ‘Parking’, Warga Emas Ditolak Sampai Patah Tulang Belakang

LocalPolitics
15 Apr 2025 • 2:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kadangkala perkara kecil boleh bertukar menjadi serius apabila emosi tidak dikawal.

Itulah yang berlaku di Masjid Tanah, Melaka, apabila seorang lelaki berusia 65 tahun ditahan polis kerana menolak seorang warga emas berusia 85 tahun sehingga terjatuh dan mengalami kecederaan pada tulang belakang.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Alor Gajah iaitu Superintenden Ashari Abu Samah berkata, insiden itu tercetus daripada perselisihan faham tempat letak kereta antara mangsa berusia 85 tahun dan lelaki itu.

image is not available

Mangsa mendakwa berlaku perselisihan faham berkaitan tempat letak kereta dengan suspek yang tidak dikenali di hadapan sebuah pasar raya di Masjid Tanah.

Difahamkan mangsa menunggu di dalam kereta dengan cara membuat parkir bertindih.

 

Tindakan itu dipercayai dilakukan untuk menghalang suspek keluar dari petak parkir menyebabkan berlaku insiden salah faham.

image is not available

Menurutnya, suspek didakwa menolak mangsa dengan kuat menggunakan tangannya, menyebabkan mangsa terjatuh terlentang di atas jalan dan mengalami kecederaan serius pada tulang belakang.

Tambahnya lagi, hasil siasatan yang dijalankan berjaya membawa kepada penahanan suspek pada Ahad lalu dan dia kini direman selama dua hari sehingga Rabu ini.

Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah. image is not available 6 days ago

Warga Emas Malaysia Ditangkap Polis Thailand, Rompak Kedai Emas Hatyai RM1.1 Juta