Salah guna kuasa: Dua kakitangan koperasi direman

10 Jan 2023 • 2:35 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUANTAN: Dua kakitangan sebuah koperasi di Pahang direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dalam skim pelaburan saham berjumlah kira-kira RM229,000, sejak 2017.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Fatinah Abu Bakar terhadap wanita berusia 40 tahun yang merupakan pengurus kewangan dan lelaki berumur 49 tahun yang menjawat jawatan eksekutif kanan kewangan.

Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana menggunakan jawatan atau kuasa untuk faedah diri atau saudara-mara.

Kedua-dua suspek ditahan semalam, selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini.

Mereka dipercayai menyalah guna kuasa bagi meluluskan skim pelaburan saham yang dikendalikan koperasi itu. - Bernama