Salah Kena Serang Di Liberia, Tentera Iring Keluar Padang

Football
20 Nov 2023 • 5:04 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pemain bola sepak Mesir, Mohamed Salah kena serang di Liberia selepas memenangi perlawanan antara Mesir dan Sierra Leone semalam.

Menerusi satu perkongsian video di X, kejadian tersebut menyaksikan seorang pengawal keselamatan sedang menumbuk seorang peminat yang cuba mendekati Salah.

Salah kena serang di Liberia

Salah yang juga pemain Liverpool hampir diserang kedua kali selepas seorang lagi peminat yang memakai baju Manchester City berlari kearahnya.

Namun begitu, rakan sepasukan Salah iaitu Mohamed Abdelmonem menghentikan cubaan serangan kedua itu dengan menolak peminat tersebut.

Pegawai pasukan Mesir juga terpaksa memasuki padang tersebut untuk melindungi pemain berusia 31 tahun itu daripada diserang.

Perlawanan tersebut ditamatkan dengan tentera mengiringi Salah keluar dari padang bagi menghalang mana-mana peminat yang cuba mendekatinya.

Terdahulu, Mesir memenangi perlawanan menentang Sierre Leone dengan mata 2-0 yang mana kedua-dua gol negara itu dijaringkan oleh bekas bintang Aston Villa, Trezeguet.

Kemenangan tersebut merupakan kemenangan kedua Mesir berturut-turut dalam aksi kelayakan Kumpulan A Piala Dunia zon Afrika.

Pada minit ke-39, Sierra Leone menyaksikan pemain Tyrese Fornah dibuang padang manakala pada minit ke-99 Abdul Jarju Kabia pula dikeluarkan.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved