“Salah Lambai Tu Dik” – Aksi Kanak-Kanak Naik Lori Bomba Undang Ketawa Ramai [Video]

15 Nov 2022 • 3:50 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
Kanak-kanak naik lori bomba buat ramai terhibur

Sudah menjadi acara tahunan apabila ada beberapa tadika yang akan mengadakan lawatan sambil belajar buat para pelajarnya.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada anak-anak kecil ini tentang sesuatu perkara sebagai contoh dunia haiwan, alam pekerjaan, dan sebagainya.

Ia secara tidak langsung dapat memberikan mereka satu pengalaman dan pelajaran yang baharu untuk dikongsi bersama guru dan juga ibu bapa.

Sekumpulan kanak-kanak tarik perhatian ramai

Perkara ini samalah seperti apa yang berlaku kepada sekumpulan kanak-kanak dari sebuah tadika ini sehingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video dikongsikan oleh Farhan Hafifi di TikTok, kelihatan sekumpulan kanak-kanak perempuan yang sedang menaiki lori bomba.

Farhan yang merupakan salah seorang dari anggota bomba kemudian meminta mereka untuk melambai ke arah kamera.

Lambai ke arah tingkap

Mungkin terlalu teruja atau tersalah dengar arahan tersebut, sekumpulan kanak-kanak itu secara spontan melambai ke arah tingkap dengan penuh bersemangat sambil berkata ‘bye!’.

“Kamera, kamera. Kamera dekat sini,” katanya kepada kanak-kanak itu sebelum merekaberpaling dan melambai ke arah lensa tersebut.

Berbeza bawa pelajar lelaki, cuba ikut bunyi lori bomba

Dalam satu video yang dimuat naik menunjukkan perbezaan apabila lori bomba itu membawa sekumpulan pelajar lelaki.

Di mana kedengaran mereka begitu bising kerana cuba meniru bunyi siren lori berkenaan.

“Siren manual.. bila dah lama macam lain je bunyinya,” tulisnya dalam video itu.

Ramai terhibur lihat aksi kanak-kanak

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan aksi kanak-kanak tersebut dan menyifatkan mereka sangat comel.

‘Ya Allah comelnya’

image is not available

‘Boleh pula sepakat lambat dekat luar’

image is not available

‘Cara mereka tukar angle… hahaha comel’

image is not available