‘Salah Pin Meeting Ni’, Lelaki Jepun Berpakaian Lengkap Pejabat Berjaya Tawan Gunung Kinabalu

23 Mar 2023 • 9:40 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Segak betul pakaian daki Gunung Kinabalu.

‘Salah Pin Meeting Ni’, Lelaki Jepun Berpakaian Lengkap Pejabat Berjaya Tawan Gunung Kinabalu. Seorang lelaki Jepun yang memakai sut pejabat lengkap telah menjadi tumpuan netizen apabila video beliau diambil semasa melakukan aktiviti pendakian di Gunung Kinabalu.

Beliau tampil dengan sangat kemas dan menarik perhatian ramai warga tempatan dan juga pelancong yang turut serta dalam pendakian tersebut.

image is not available
‘Salah Pin Meeting Ni’, Lelaki Jepun Berpakaian Lengkap Pejabat Berjaya Tawan Gunung Kinabalu. Sumber: Tiktok iceeminn123

‘Penuh FYP pasal uncle ini’ -netizen

Menerusi kongsian video Tiktok milik rogonnabalu_25 telah tular di laman sosial di mana dia sempat berbual bersama lelaki Jepun tersebut dan mengambil gambar beliau sebagai kenangan.

Keunikan lelaki Jepun ini malah menjadi perhatian warga penduduk sehingga ramai yang turut kongsikan di media sosial dan menjadi viral dengan pantas.

Lihat video di bawah:

image is not available
Sumber: Tiktok rogonnabalu_25

Netizen kagum lihat lelaki Jepun ini memakai pakaian pejabat untuk mendaki gunung tertinggi di Malaysia

Ramai netizen yang terpukau dengan penampilan lelaki Jepun tersebut dan ada juga yang kagum dengan beliau kerana memakai sut lengkap dan berkasut kulit untuk mendaki gunung yang tertinggi di Borneo dan Malaysia.

Walaupun beliau tidak memakai pakaian biasa yang digunakan oleh pendaki gunung seperti baju sejuk dan kasut hiking, namun beliau berjaya menamatkan pendakian tersebut dengan selamat.

Menerusi perkongsian netizen, lelaki Jepun lengkap berpakaian pejabat ini bernama Sada Nobutaka San. Katanya, beliau mempunyai ‘business meeting’ dan harus ke sana.

image is not available
Sumber: Tiktok yokujr

image is not available
Sumber: Tiktok rogonnabalu_25

Wah wahh, tahniah diucapkan kepada beliau Ni memang dah pecah rekod ni naik gunung Kinabalu tanpa menggunakan pakaian yang tebal seperti baju sejuk dan kasut hiking.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: