Salah satu aspek penting dalam kehidupan Rasulullah Muhammad SAW ialah kepemimpinan di bidang bisnis dan keusahawanan

Business & Finance
24 Jul 2023 • 4:30 PM MYT
Zulkifly Baharom
Zulkifly Baharom

An HR practitioner, Sejahtera Leadership Coach & Gusi Peace Prize Laureate.

Image from: Salah satu aspek penting dalam kehidupan Rasulullah Muhammad SAW ialah kepemimpinan di bidang bisnis dan keusahawanan
Pengalaman masa kecil, kemahiran berkomunikasi dengan pelbagai pelanggan dapat mempengaruhi kejayaan usahawan muda. Foto: Zulkifly

Sempena sambutan Maal Hijrah, saya ingin mengimbas kembali bahawa sebahagian besar kehidupan Nabi Muhammad SAW sebelum menjadi utusan Allah SWT adalah sebagai seorang usahawan. Baginda telah merintis kerjaya perdagangnya ketika berumur 12 tahun dan memulai keusahawan sendiri ketika berumur 17 tahun. Profesyen ini terus dilakukan dengan cemerlang selama 25 tahun sehinggalah baginda menerima wahyu. Tempuh ini lebih lama dari masa kerasulan selama 23 tahun.

Mengikut sumber-sumber Shahih al-Bukhari, perhatian terhadap aspek bisnis Muhammad SAW adalah seiring dengan munculnya konsep dan sistem ekonomi Islam. Selain membangun kerangka teori ekonomi Islam dan berbagai aspeknya, juga dicari tokoh yang dapat dijadikan teladan dalam pengelolaan bisnis. Muhammad SAW merupakan teladan yang tepat. Baginda tidak hanya memberikan pengarahan tentang bagaimana kegiatan bisnis dilaksanakan, tetapi baginda telah mengalami sendiri menjadi seorang perniaga dan usahawan. Bisnis utama baginda adalah dibidang perdagangan dengan melakukan transaksi penjualan dan pembelian yang seimbang.

Di Malaysia, terdapat empat jenis bisnis yang boleh dibina yang bersesuaian dengan perniagaan yang kita ingin usahakan: Pemilikan Tunggal, Rakan Kongsi, Syarikat Sendirian Berhad, dan Perkongsian Liabiliti Terhad. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ialah badan yang mengawalselia perniagaan supaya mengikut perundangan.

Dalam konteks ini, Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) sedang giat meningkatkan perniagaan usahawan melalui Program Pembangunan Usahawan Muda Kota (UMK) yang dilaksanakan sejak 2020. Pengurus Pembangunan Ekonomi Belia YWP, Ahmad Hethir Hashim berkata “Program UMK menyediakan kios jualan dengan reka bentuk yang moden, teratur, kemas dan bersih di beberapa lokasi strategik di Kuala Lumpur. Kami berikan ruang dan peluang kepada usahawan muda untuk berniaga saperti makanan dan minuman, cenderamata, produk francais, food truck & sebagainya. Matlamat utama kami adalah untuk merangsang pertumbuhan keusahawanan.”

Image from: Salah satu aspek penting dalam kehidupan Rasulullah Muhammad SAW ialah kepemimpinan di bidang bisnis dan keusahawanan
Hajah Zarina (kiri) sedang tawar-menawar dalam proses memilih & membeli produk di kios milik usahawan muda (kanan). Foto: Zulkifly

Sebenarnya, berpandukan kepada teladan Rasulullah SAW bahawa keusahawanan tidak terjadi begitu saja tetapi hasil dari proses cabaran panjang dan dimulai sejak baginda masih kanak-kanak lagi. Pengalaman masa kecil dapat menimbulkan dorongan dan daya saing, kemahuan mencoba, disiplin percaya diri untuk berpretasi tinggi.


Zulkifly Baharom adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.