“Salahkan Gula Demi Dapat Duit?” – Netizen Pertikai KKM Naikkan Cukai Minuman Bergula Bagi Cegah Penyakit Diabetes

LocalPolitics
12 Sep 2024 • 11:04 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, kecoh di media sosial mengenai netizen meluahkan rasa kurang senang dengan solusi KKM mahu menaikkan cukai minuman bergula bagi membendungkan penyakit terutamanya diabetes.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengumumkan kadar kenaikan cukai minuman bergula (SBB) akan diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2025 pada bulan depan.

Biarpun ia merupakan hal positif, tetapi pelbagai reaksi daripada netizen diterima, di mana rata-ratanya mempertikaikan solusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan mahu menaikkan lagi kadar cukai minuman bergula.

Kata netizen, penyakit diabetes bukan semata-mata disebabkan minuman bergula, sebaliknya berpunca daripada pengambilan makanan karbohidrat berlebihan.

image is not available
image is not available

image is not available 2 days ago

Dapat Markah 94% Daripada KKM, Netizen Calonkan Wanita Ini Ganti 'Puan Mira' Urus Kantin di MRSM